Sabtu, 29 November 2014

the main

بسم الله الرحمن الريىم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. it is pleasure to you looking in this blog. this blog created for admin project in TEKNOLOGI MAKLUMAT course. in this blog, we are clearly explain about the electronic object which is resistor or also known as "PERINTANG".

so lets check it out =))


pErIntANG


Apa itu perintang???
Assalamualaiakum and Hiiiiii
Perintang? Seperti yang kita ketahui,
perintang ( R ) merupakan suatu alatan elektronik yang selalu diguna pakai dalam setiap litar elektronik. Ianya merupakan suatu komponen pasif yang berfungsi sebagai penghad arus elektrik yang mengalir dalam sesebuah litar elektronik. Pemilihan perintang bagi digunakan dalam litar elektronik berdasarkan beberapa klausa iaitu :

  1. Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang. 
  2. Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang. 
  3. Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang. 
  4. Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.
 Kesemua peraturan ini perlu di patuhi bagi mengelakkan berlakunya litar pintas atupun kegagalan pada litar elektronik. Oleh itu, bagi mengelakkan masaalah ini berlaku, uji kaji mengenai mengukur nilai perintang dijalankan






                                               Thank You 



JeniS-jenIS PeriNTANG

Perintang terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu, Perintang Boleh Laras dan juga Perintang Tetap. Dimana kedua-dua fungsi perintang ini masih lagi sama cuma jenis sahaja yang berlainan.


PERINTANG TETAP

Sepertimana yang kita ketahui, perintang tetap bermaksud perintang yang tidak boleh diubah nilainya. Namun begitu, faktor-faktor sekeliling memainkan peranan yang penting dalam menjadi penyebab perubahan nilai pada perintang. Antara faktor yang memainkan peranan dalam peubahan nilai perintang ialah:

  1. Faktor Peubahan Suhu 
  2. Faktor Bahan Asas Perintang
  3. Faktor Arus Yang Mengalir Dalam Perintang
Antara contoh Perintang Tetap ialah:

  1. Perintang Komposisi Karbon
  2. Perintang Wayar Berlilit
  3. Perintang Saput Karbon
  4. Perintang Saput Logam
  5. Perintang Saput Simen

Perintang Tetap Jenis Karbon


Perintang Tetap Jenis Belitan Dawai


Simbol Perintang Tetap ialah :


Simbol Perintang




Perintang Boleh Laras

Perintang yang boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.




Potentor Meter







Antara jenis-jenis Perintang Boleh Laras ialah :


  1. Reostat
  2. Potentiometer
  3. Praset
  4. Termistor
  5. Varistor


Simbol Perintang Boleh Laras


Konsep Kendalian Perintang Boleh Laras:






Rumusan yang dapat dibuat melalui konsep Perintang Boleh Laras ialah:

  • Nilai diubah antara titik 1 & 2 atau 2  & 3.
  • Poin 1 & 3 nilai tetap.
  • Digunakan sebagai kawalan ‘volume’ , ‘trebble’ dan lain-lain.
  • Larasan samada jenis putar atau luncur.
  • Selalu rosak apabila kotor atau haus.





   

                                                                                                                         THANK YOU



KoD WaRNa PerinTANG





Warna- warna yang terdapat pada perintang sebenarnya merupakan simbol nilai yang terdapat pada sesebuah perintang.  Setiap warna yang terdapat pada perintang mempunyai nilainya tersendiri.  

JADUAL KOD WARNA PERINTANG


CARA MUDAH MENGHAFAL KOD WARNA PERINTANG











Bagi mengetahui nilai sesebuah perintang (melalui kaedah pembacaan kod warna), terdapat dua (2) cara ;

  1. Sistem Pengenalan ( Body End To Dot )
  2. Sistem Jalur Warna
SISTEM PENGENALAN ( BODY END TO DOT )

Melalui sistem ini, kaedah mengetahu nilai perintang dilakukan dengan menggunakan konsep
 " 3 Kod Warna"  dimana:

  1. Satu Warna digunakan pada keseluruhan badan perintang.
  2. Warna Ke-2 pada hujung badan perintag.
  3. Warna ke-3 adalah sebagai titik (dot) dibahagikan tengah badan perintang.

Cara Pengiraan:

Bagi mengetahu nilai rintangan ialah, warna pada badan memberikan digit pertama, warna pada hujung badan perintang memberikan digit kedua dan dot memberikan bilangan kosong mengikut nombor pertama dan kedua. Fungsi dot ini dipanggil pendarab / multiplier. Sila rujuk jadual kod warna.

Contoh:
Warna-warna yang terdapat ilah kuning pada badan, merah pada hujung badan dan coklat pada dot. Bacaanya ialah 420 ohm...


NAMUN BEGITU "SISTEM BODY END TO DOT" KURANG DIGUNAKAN LAGI PADA MASA KINI. KEBANYAKAN ORANG MENGGUNAKAN "SISTEM JALUR WARNA"

SISTEM JALUR WARNA

  1. Melaui sistem ini, kita akan membaca jalur warna pada perintang.
  2. Bacaanyana daimbil dari hujung ke bahagian tengah.
  3. Setiap warna perintang mempunyai nilai-nilai tertentu iaitu :
  •  Jalur pertama : Nilai digit pertama
  • Jalur kedua  : Nilai digit kedua
  • Jalur ketiga  : Nilai pendarab
  • Jalur keempat : Nilai toleransi 
h

Contoh Pengiraan :

Jika sesebuah perintang mempunyai warna HITAM,MERAH,HIJAU dan SILVER. Kirakan nilai perintang tersebut.

---> Nilainya adalah = 2 X 100000, had diterima ialah ±10%

FORMULA PENGIRAAN KOD WARNA PERINTANG 4 JALUR





FORMULA PENGIRAAN KOD WARNA PERINTANG 5 JALUR



                                                                                                         THANK YOU



















MenyuKat NiLAi PERintAG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry sebelum ini menerangkan tentang Kod Warna Perintang. Melalui Kod Warna Perintang, kita boleh mengetahui nilai sesebuah perintang itu. Selain menggunakan kaedah membaca jalur warna pada perintang, kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengetahui nilai kod warna pada perintang ialah :

Kaedah Pengukuran melalui :


  1. Meter Ohm Analog ( Analog Multimeter )
  2. Meter Ohm Digital ( Digital Multimeter )
  3. RCL Meter   
Kaedah Pengukuran Menggunakan Meter Ohm Analog ( Analog Multimeter )


                      
Cara-Cara Mengukur Perintang Menggunakan Analog Multimeter

  1. Setkan Julat ke Bahagian Julat OHM
  2. Pintaskan Kedua-dua Probe Untuk Membuat Pelarasan Sifar Ohm (Zero Adjust)
  3. Pilih Julat Yang Sesuai Dengan Nilai Nominal Perintang yang dibuat mengikut bacaan pada jalur warna kod perintang.
  4. Sukat nilai perintang




Kaedah Mengukur Perintang Menggunakan Meter Ohm Digital ( Digital Multimeter )

  1. Tentukan Nilai Nominal Printang Menggunakan Kaedah Kod Warna Perintang.
  2. Pasangkan Probe Hitam Ke terminal COM dan Probe Merah Ke Terminal Positive.
  3. Larskan Pelaras ke Bahagian Pengukuran Ohm
  4. Pilih Julat yang Sesuai.
  5. Sukat nilai perintang
                                                                                         

                                                                                                              Thank You












Khamis, 27 November 2014

ViDeO!!!!

 Berikut merupakan video tutorial cara-cara untuk mengetahui nilai perintang. Harap dapat membantu, Selamat Menonton =)


Cara Untuk Mengira Perintang Secara Manual



Cara Untuk Mengetahui Nilai Perintang Menggunakan Multimeter






hope you all enjoy it and gain more knowledge about PERINTANG =)

p/s : apa-apa masaalah boleh comment dibawah, kami akan bg feed back  ASAP

                                                                                                           Thank You



Sabtu, 22 November 2014

RevIsiON QuestION



Selamat Mencuba =)











3)  Kirakan Nilai Perintang Mengikut Kaedah Kod Warna:








Tentukan Nilai Perintang Dibawah:




p/s : sebarang persoalan ataupun jawapan boleh comment dibawah & we will try our best to help you all =))


Thank You