Sabtu, 29 November 2014

JeniS-jenIS PeriNTANG

Perintang terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu, Perintang Boleh Laras dan juga Perintang Tetap. Dimana kedua-dua fungsi perintang ini masih lagi sama cuma jenis sahaja yang berlainan.


PERINTANG TETAP

Sepertimana yang kita ketahui, perintang tetap bermaksud perintang yang tidak boleh diubah nilainya. Namun begitu, faktor-faktor sekeliling memainkan peranan yang penting dalam menjadi penyebab perubahan nilai pada perintang. Antara faktor yang memainkan peranan dalam peubahan nilai perintang ialah:

  1. Faktor Peubahan Suhu 
  2. Faktor Bahan Asas Perintang
  3. Faktor Arus Yang Mengalir Dalam Perintang
Antara contoh Perintang Tetap ialah:

  1. Perintang Komposisi Karbon
  2. Perintang Wayar Berlilit
  3. Perintang Saput Karbon
  4. Perintang Saput Logam
  5. Perintang Saput Simen

Perintang Tetap Jenis Karbon


Perintang Tetap Jenis Belitan Dawai


Simbol Perintang Tetap ialah :


Simbol Perintang




Perintang Boleh Laras

Perintang yang boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.




Potentor Meter







Antara jenis-jenis Perintang Boleh Laras ialah :


  1. Reostat
  2. Potentiometer
  3. Praset
  4. Termistor
  5. Varistor


Simbol Perintang Boleh Laras


Konsep Kendalian Perintang Boleh Laras:






Rumusan yang dapat dibuat melalui konsep Perintang Boleh Laras ialah:

  • Nilai diubah antara titik 1 & 2 atau 2  & 3.
  • Poin 1 & 3 nilai tetap.
  • Digunakan sebagai kawalan ‘volume’ , ‘trebble’ dan lain-lain.
  • Larasan samada jenis putar atau luncur.
  • Selalu rosak apabila kotor atau haus.





   

                                                                                                                         THANK YOU



Tiada ulasan:

Catat Ulasan