Sabtu, 29 November 2014

pErIntANG


Apa itu perintang???
Assalamualaiakum and Hiiiiii
Perintang? Seperti yang kita ketahui,
perintang ( R ) merupakan suatu alatan elektronik yang selalu diguna pakai dalam setiap litar elektronik. Ianya merupakan suatu komponen pasif yang berfungsi sebagai penghad arus elektrik yang mengalir dalam sesebuah litar elektronik. Pemilihan perintang bagi digunakan dalam litar elektronik berdasarkan beberapa klausa iaitu :

  1. Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang. 
  2. Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang. 
  3. Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang. 
  4. Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.
 Kesemua peraturan ini perlu di patuhi bagi mengelakkan berlakunya litar pintas atupun kegagalan pada litar elektronik. Oleh itu, bagi mengelakkan masaalah ini berlaku, uji kaji mengenai mengukur nilai perintang dijalankan






                                               Thank You 



1 ulasan: